Tuesday, September 28, 2010

SISIPAN : BIK MAMA GOYANG GOYANG

Hari ni aku cuba bercerita secara santai.

Sambil meratapi pemergian Allahyarham Che Hashim, penyandang Adun Galas. 
Sekali lagi takziah dan al-fatihah buat Allahyarham dengan iringan doa moga-moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Bagi yang masih hidup, perjuangan mesti diteruskan.
kemungkaran wajar terus dihentam.
Sang penyamun wajib segera dihapuskan.

Harini aku sempat ushar2 blog-blog pejuang.
tertarik aku dengan satu post dari tukartiub.blogspot

nota:
jawab tiga soalan ini
siapa yang meneka ke tiga
tiga dengan betul akan di nobatkan
sebagai datu seri

1 - siapa dapat jawab kenapa
dalam kapal terbang hanya
bik mama seorang duduk di hadapan
yang lain semua duduk
di kawasan ekor kapal terbang ?

2 - siapa dapat jawab
kenapa bilk mama
bila masuk dalam lift di new york
dia mengereng?

3 – siapa dapat jawab
kenapa bik mama tak boleh jadi
first lady ?

sila hantarkan jawapan anda ke
pejabat kedutaan malaysia
pensalavia avenue 7
450765 washington dc
atau di alamat bar raba raba bontot kah kah kah

korang boleh ushar sendiri post penuh di sini

HAHAHAHAHAHA

KASIHAN BIK MAMA!!!

TAKZIAH BUAT CHE HASHIM

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.
Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.
Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.
BERITA PENUH DI MALAYSIAKINI

Monday, September 27, 2010

PENYAMUN UMNO TAIK JUDI !!!


SHAH ALAM 22 SEPT 10: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).

Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider. Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Kami mahukan pentadbiran Najib untuk bersikap telus dan menyatakan samada ia memang bercadang atau telah pun memberikan kelulusan untuk membina sebuah kasino di Sabah," Anwar dipetik sebagai berkata.

"Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan. Perdana Menteri harus memberi pengesahan atau penafian yang tegas atas isu ini," tambah Anwar.

Cadangan pembinaan kasino itu didedahkan setelah kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada sebuah syarikat milik jutawan Vincent Tan. Namun setelah dikritik oleh Pakatan Rakyat dan orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, Najib menarik balik kelulusan itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada pembinaan kasino baru di Sabah, jika diluluskan, akan membabitkan syarikat milik Vincent Tan sebagai 'pampasan' kepada ahli perniagaan itu atas kehilangan lesen judi sukan berkenaan.

"Baru dua bulan isu lesen judi sukan reda, muncul pula berita mengatakan kerajaan mahu membina sebuah kasino. Bagaimanakah ia akan menguntungkan pembayar cukai?," kata Anwar.

"Rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini di bawah pimpinan Najib. Nampaknya apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Najib ialah untuk mempopularkan judi," kata Anwar. (tvS)

UTUSAN HARAM JADAH !!!



INI SEMUA MEDIA SANG PENYAMUN.

DIA REKA 1 CERITA,

DIA KELUARKAN FRONT PAGE,

DIA TUDUH PAKATAN JAHANAM,

DIA KELUARKAN FRONT PAGE,

BILA ISU YANG DIA MAINKAN SENYAP,

DIA BIKIN ISU BARU.

BODOH !! BAHALOL!!

KESIAN AKU TGK WARTAWAN UTUSAN HARAM JADAH NI.

TAKDE KEBEBASAN KAU MENULIS.

SUNDAL !!!

HUMBAN PENYAMUN LAHANAT UMNO !!!

PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU-13 !!!

Sunday, September 26, 2010

PEJUANG SEBENAR HARUS DINOBAT


YB ABDULLAH SANI PANGLIMA NAIB PRESIDEN KEADILAN !


YB ABDULLAH SANI SAH NYATAKAN SOKONGAN TERBUKA PADA AZMIN !!!

TEAM AZMIN MAKIN MARA KE HADAPAN KUASAI PEMILIHAN !!!!

UNDI ABDULLAH SANI UNTUK NAIB PRESIDEN KEADILAN !!!!

JANGAN BIARKAN TEAM MENTERI 'LALA LAND' KUASAI KEADILAN !!!!!!!!!!!!

dipetik daripada tawanmalaysia.com

p/s : GAMBAR DI ATAS NI ADALAH GAMBAR EMAN MANAN. MAAF RALAT. 

YB ABDULLAH SANI

Friday, September 24, 2010

BINI PUAKA, C4 ALTANTUYA !!!

Kes Rosmah 'bini puaka': Semua tertuduh dibebaskan


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.



Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.


berita penuh di sini










Saturday, September 18, 2010

USTAZ KAMAL LA LANCAU!!!

'Ustaz Kamal' MIC pula didakwa masuk masjid

........... Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

Baca berita penuh di malaysiakini.com



PERHATIKAN PULA GAMBAR DI BAWAH :


WAKTU GAMBAR NI KELUAR, UTUSAN KELUAR CERITA DENGAN TAJUK " KESUCIAN MASJID TERUS DINODAI "

APA BEZA DUA SITUASI KAT ATAS ?

DUA-DUA BUKAN ISLAM

DUA-DUA MASUK MASJID

SATU DARI PAKATAN RAKYAT

SATU DARI PARTI KOMPONEN BN

YB PAKATAN DIKECAM SEBAGAI MENODAI KESUCIAN MASJID.

YB PENYAMUN DI 'ESKOT' PENGERUSI MAIS

APA LANCAU ?

MANA YANG MAIS BISING2  LARANGAN MASUK MASJID ORANG BUKAN ISLAM ?

SEDIH BILA AKU TENGOK MAJLIS AGAMA DIPOLITIKKAN.

JADI KUDA TUNGGANGAN PENYAMUN UMNO!!

TAK PELIK AKU KENAPA ISU MACAM NI TIMBUL.

SEBAB PEMIMPIN KITA PENYAMUN.

PENYAMUN MANA PEDULIK HAL AGAMA.

NAMA JE ISLAM!!









HUMBAN BANGSAT-BANGSAT PENYAMUN UMNO !!

PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU-13

Thursday, September 9, 2010

IS IT NOT A HAPPY ENDING MUSA ?



Ucapan perpisahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini secara tidak langsung terus membidas camputangan Kementerian Dalam Negeri.

Musa yang dilihat tidak mahu berundur sebelum menyatakan apa yang terbuku di hatinya, mengingatkan anggota polis dan pegawainya supaya kekal setia meskipun “menerima tekanan dari pihak atasan dari dalam dan juga luar”.



“Jangan jadi 'yes men'. Jangan jadi orang suruhan. Jika polis terdiri daripada orang suruhan, seluruh pasukan akan busuk dan musnah.
"Jangan tolak ansur dalam soal integriti ini, rosak pasukan nanti," katanya.

Malah, Musa berkata, PDRM bukan peminta sedekah dan bukan "pungut duit orang lain" tetapi kewujudannya adalah untuk menjaga keamanan masyarakat dan negara.

Berita penuh di sini

Sementara itu...

Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campurtangan pihak ketiga dalam urusan kepolisian.

Ketua setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam yang membaca kenyataan tiga mukasurat itu berkata adakalanya syor dan perakuan PDRM (permintaan dan cadangan) tidak dipertimbangkan sepenuhnya dan ini seolah-olah boleh dipandang sebagai campur tangan di dalam urusan harian PDRM.

"Ada kalanya, cadangan oleh polis tidak dipertimbangkan sepenuhnya oleh kementerian dan mungkin ini dilihat sebagai 'campurtangan' dalam urusan harian polis.

"Maka di dalam hal ini, urusan pengurusan perkhidmatan utama adalah tanggungjawab PDRM dan isu campurtangan di dalam perjalanan urusan PDRM oleh kementerian tidak wujud sama sekali," kata Mahmood dengan ringkas dan secara tergesa-gesa pada sidang media selepas majlis penyerahan tugas dari Musa kepada timbalannya, Tan Sri Ismail Omar yang dilantik sebagai ketua polis yang baru.

Berita penuh di sini

KENAPA BARU SEKARANG MUSA ?
AKU DOAKAN KEADILAN TERUS DITUNTUT.
BONGKAR HABIS-HABISAN MUSA.
RAKYAT MALAYSIA BERMINAT DENGAN PENDEDAHAN KAU.
KAU KECEWA SEKARANG,
KAU DAH TAKDE KUASA.
KAU HENTAM SEKARANG,
JANGAN SAMPAI SILAP HENTAM.

P/S : TO MUSA :SELAMAT MENJADI RAKYAT BIASA

Tuesday, September 7, 2010

USTAZ AHMAD SHUBKI NGORAT ROSMAH!!!

10 hari terakhir di bulan ramadhan wajar dihayati sepenuhnya oleh umat Islam.

Tetapi di  Sri Perdana semalam, Ustaz Ahmad Shubki aku dapati dah cuba-cuba mulakan langkah mengorat rosmah aku.

hahahahahha

Bukan salah Ustaz ni pon,

dia hanya menjeling jer,

yang aku nak hentam si rosmah rambut tebal ni.

Apa kau tetap berpegang bahawa aurat wanita itu muka, telapak tangan dan RAMBUT ??



Ni gambar di Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan sempena bulan mulia, Ramadhan..

Rosmah (yang tayang rambut) sedang membaca ayat-ayat lazim Al-Quran sambil diperhati Ustaz Ahmad Shubki (kanan)



















Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan RAMBUTnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun SEHELAI. Pendek kata, dari hujung RAMBUT sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah S.W.T.


Monday, September 6, 2010

KERANA AKU MAHU KEADILAN !!! KEADILAN !!! KEADILAN !!!



INI HAK RAKYAT !!

AKU AKAN KEMBALIKAN KEPADA RAKYAT !!

AMBIL INI SEMUA !!

INI SEMUA HAK KAMU !!

Video motivasi untuk kita.
Kita kenal pemimpin kita.

Kita tahu siapa penyamun.

Kita tahu apa yang disamun.

Untuk apa terus mengagungkan penyamun.

Bukti samun sudah banyak didedahkan

Dan yang bakal didedahkan..

Wang rakyat patut kembali ke rakyat

Bukan ke poket pemimpin penyamun UMNO.

HUMBAN PENYAMUN UMNO !! PANGKAH PAKATAN RAKYAT !!

AYUH SERBU KLSCAH MALAM NI !!

Apa maknanya untuk menjadi "Tuan" yang menikmati "hak keistimewaaan" di tanah air ini, seandainya hak kebebasan bersuara, menulis, malah berkartun turut dirampas?  Demikianlah soalan yang mungkin melantun-lantun dalam otak Hishamuddin Rais, Amir Muhammad, Zunar dan Jamaluddin Ibrahim, yang juga dikategorikan sebagai "bumiputera", mengikut takrifan Perlembagaan Persekutuan.

Belum semua melayu menjadi Tuan.

Untuk menjadi Tuan di negara ini tidak perlu menjadi melayu,
tetapi jadilah penyamun UMNO.

Ayuh malam ni !! Datang beramai-ramai !!

Sunday, September 5, 2010

PENYAMUN PASTI ADA BAPAKNYA. NI DIA TUA KUTUK BAPAK PENYAMUN !!

MELAYU MUDAH LUPA ~KATA TUN DR. MAHATHIR

KATA AKU PADA MAHADER : KAMI TIDAK LUPA SOAL 12 RIBU JUTA

HAHAHAHAHAHA.


BERKAWAN DENGAN PEMBUAT MINYAK WANGI,
KITA AKAN TURUT BERBAU WANGI.

BERKAWAN DENGAN SANG PENYAMUN,
KITA PUN AKAN TURUT MENYAMUN.

HAHAHAHAHAHA !!!

NI DIA TOK GURU PENYAMUN NI.

RAMAI PENYAMUN DUK LAHIR DALAM UMNO SANA.

IKOT PERANGAI DIA NI LAA

Saturday, September 4, 2010

LAKONAN NAJIB DAN PENYAMUN2 UMNO ! SAKSIKAN !!



Sekarang ni banyak sangat penyamun UMNO mainkan isu perkauman.
Sengaja dimainkan semata2 nak naikkan kebencian rakyat.
Nak kembalikan sejarah hitam peristiwa 13 Mei di hati rakyat.
Bertujuan menuduh Pakatan Rakyat tidak menjaga Hak Melayu.
Bertujuan menaikkan kebencian rakyat terhadap PR.
Politik Sempit !! Desperado !!

Sekadar share filem menarik ni untuk tontonan bersama.

SAKSIKAN PENYAMUN UMNO BERLAKON DALAM FILEM INI !!!

Friday, September 3, 2010

Najib Tak Lut Dek Laporan Polis. Pangkah Pakatan Rakyat PRU-13. Hukuman terbaik untuk Sang Penyamun

 LAPORAN POLIS DAKWA PM HINA MAHKAMAH !!

Seorang pemimpin PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mengandungi unsur menghina Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan kes saman peneroka Felda kemahang Tiga di Kelantan.

Turut dinamakan dalam laporan polis itu ialah Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusoff Nor.

Laporan tersebut dibuat oleh yang dipertua PAS Jempol, Abd Rahman Ramli di balai polis Dang Wangi di ibunegara pada kira-kira jam 10.45 pagi.

Dalam laporannya, Abd Rahman mendakwa, Najib membuat ucapan tersebut ketika berbuka puasa dengan peneroka Felda Gugusan Serting, Negeri Sembilan pada 26 Ogos di Masjid Bandar Seri Jempol.

Beliau mendakwa perdana menteri dilaporkan oleh media sebagai berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah kerana peguam yang mewakili Felda tidak hadir, dan bukan disebabkan olen penipuan.

Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya mengarahkan Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga kerana menipu mereka berhubung gred buah kelapa sawit.
Dalam laporan polis itu, Abd Rahman mendakwa kenyataan Najib bahawa beliau akan pastikan perbicaraan kes yang serupa di masa akan datang bakal dimenangi Felda adalah "suatu campurtangan dan ugutan kepada badan kehakiman kerana beliau adalah perdana menteri".

~Petikan dari Malaysia Kini


Thursday, September 2, 2010

Mais: MP Serdang Teo dilarang masuki ruang solat masjid

September 02, 2010
Teo berkata akan mengambil peringatan amaran yang dikeluarkan oleh Mais. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 2 Sept — Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata telah menerima surat amaran Majlis Agama Islam Selangor (Mais), yang meminta beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor. Dalam surat amaran itu Mais menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor.
Teo berkata surat amaran yang diterima melalui faks menjelaskan sekiranya mahu memasuki ruang solat beliau perlu mendapatkan kebenaran Mais terlebih dahulu.
“Ya, saya sudah terima surat amaran itu pada pukul 1.30 tengah hari (semalam).
“Dalam surat itu mengatakan bahawa saya dilarang memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tanpa kebenaran Mais terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen DAP itu berkata beliau akan mengambil peringatan daripada surat tersebut dan akan merujuk kepada Mais terlebih dahulu sebelum ke masjid dan surau.
“Sudah tentu saya akan ambil peringatan, ini adalah titah Sultan Selangor.
“Apa lagi yang saya boleh buat?
“Saya kena patuh kepada titah Sultan Selangor kerana dalam surat itu Mais kata ia adalah titah daripada Sultan Selangor,” katanya lagi.
Teo sebelum ini dikatakan menyampaikan sumbangan dan memberikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.
Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Mais menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.
Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Dipetik dari The Malaysian Insider

YB Teo kena minta izin MAIS dulu sebelum masuk masjid/surau dalam Selangor.
Sebab nya , Sultan murka dia masuk surau haritu.
Surat amaran pun dahsampai kat YB Teo

Nik Aziz pulak tetap dengan pendirian beliau.
Berdasarkan ilmu agama yang beliau ada.
Mengikut sunnah2 Nabi.
Yela, zaman Nabi orang bukan Islam tidur dalam masjid pon tak jadi masalah.
Tu cara nak dekatkan mereka dengan Islam di zaman Nabi.

Kenapa Malaysia tak boleh pulak orang bukan Islam masuk masjid/surau?

Boleh. Dapatkan kebenaran dulu !!!

HAHAHAHA !!!

Apa jenis lawak la wujud kat zaman UMNO nak kalah ni

Bab Agama pon di jadikan bahan Ghazwatul Fikr

Isu Perkauman sengaja dibangkitkan Penyamun UMNO.

Agenda Melayu sudah jelas :
HUMBAN PENYAMUN UMNO !!!


HUMBAN PENYAMUN UMNO !! PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU-13 !!

Makcik Racist Manga politik UMNO

Masih ingat lagi pada Makcik Racist ?

Cerita Racist dia dah habis tersebar satu malaysia.
Tak pasal2 femes makcik ni.
Yang pasti , UMNO gembira dengan kemunculan Makcik Racist ni. UMNO dapat modal baru nak bakar api perkauman!!!

Bagi yang tak kenal atau tak tau sangat pasal makcik ni, beliau yang dimaksudkan ialah Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor Pn Hajjah Siti Inshah Mansor.

Rentetan peristiwa makcik ni jadi terkenal :
  • Dia buat ucapan kat sekolah dia. Ucapan tu mengandungi ayat2 yang menyentuh sentimen perkauman
  • Kononnya die ni pro-Umno kat sekolah tu, walhal ramai guru lain pro-pakatan. Kira kat sekolah tu dah berpecah belah jugak sebab fahaman politik berbeza. Makcik ni agak panas hati lah sebab lagi ramai guru yang pro-pakatan sedangkan sekolah tu terletak dalam Johor (kubu kuat UMNO)
  • Dia berucap pasal masalah disiplin. Tapi peliknya hanya attack anak anak India dan cina.
  • Cikgu-cikgu (non-muslim terutamanya) mulalah tak puas hati
  • Report polis dibuat. Bukan oleh guru, tapi pelajar . Ni salinan report tu. 

  • Selepas cerita ni tersebar, banyak lagi laporan polis dibuat
  • Kemudian, PENGETUA INI MEMOHON MAAF.
  • Tapi sayang, SANGAT KURANG DIGEMBAR-GEMBURKAN BERITA MOHON MAAF TUAN PENGETUA NI.
  • Pastinya sebab sang penyamun UMNO dah dapat modal nak bakar api perkauman kat Malaysia ni.
  • Tengok media2 bawah jagaan UMNO, semua sampaikan berita samar-samar pasal makcik ni. Tengah siasat laa, itu laa, ini laa. Tak nyatakan langsung yang makcik ni mintak maap.
  • Ramaila rakyat tak puas hati
  • Termasuk NAMEWEE, rakyat Malaysia yang pernah kecoh dengan lagu ' Negarakuku ' . Dia dengan pantas menghentam.
Kesan yang aku nampak daripada rentetan peristiwa yang berlaku, cerita perkauman terus menerus dibicarakan. Makcik ni memang buat hal lah sebab mulakan semua ni. Tapi dia buat pun bersebab lah tu. Tak dapat kawal emosi mungkin.

Tapi yang aku geram, si bangsat penyamun UMNO ni haa, habis digelapkan cerita makcik ni mintak maap. Kalau makcik ni mintak maap, mesti habis cerita. Tapi sebab matlamat politik kau, habis kau laga-laga kan rakyat.


Bodoh. Bangang. Bahalol. Jangan bermain politik sempit wahai penyamun UMNO. 


Pergi Jahanam sama penyamun UMNO!!


HUMBAN PENYAMUN UMNO !! PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU-13

Wednesday, September 1, 2010

Lagi Lawak Agama Oleh UMNO

UMNO terus menerus memainkan sentimen perkauman dalam perang politik kat negara kita.
Lepas YB Teo masuk surau dalam hadas besar, Guan Eng pulak jadi mangsa.

Terbaru , penulis upahan penyamun-penyamun UMNO menyebarkan satu gambar yang menunjukkan Lim Guan Eng sedang sembelih lembu bersama umat Islam yang lain. hahahahaha.

Turut disertakan, ayat berbunyi :
"Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?"


Ni ha gambar nya. kat sebelah tu merupakan gambar sebenar sebelum di "super impose" oleh penulis upahan penyamun penyamun ni. Gambar Datuk Seri Nizar !!




Nak tergelak aku tengok gambar ni.
Wahai penyamun-penyamun UMNO, letaklah gambar yang logik sikit kalau nak super impose.
Letak lah gambar Rosmah pakai tudung labuh ke, gambar keluarga najib kumpul tengah tahlil ke,
sejuk sikit aku tengok orang tua tu.
Ini gambar Guan Eng ko letak,
apa kau ingat pakcik-pakcik keliling "Guan Eng"  tu takde ilmu agama ke nak bagi Guan Eng yang sembelih ?
Bodoh !! Bahalol !!
Jangan bermain lawak agama macam ni UMNO.
Rosak kepala hotak orang.
Aku kesian tengok strategi politik korang sekarang ni.

DESPERADO!! HAHAHAHAHA!!!

HUMBAN PENYAMUN UMNO !! PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU-13 !!

Hadas Besar Hishamuddin

"Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda, Nik Abdul Aziz berkata "kita sekarang berada di zaman moden, jangan jadi jahil", lepas ini apa lagi "bala" nak datang?

"Kenyataan-kenyataan sebegini ternyata hanya membawa kepada keadaan yang mengelirukan sesama kita orang Islam," 
-Hishamuddin Keris

Pening kepala aku melihat telatah si Hishamuddin ni. Aksi die terkejut dengan statement yang Datuk Nik Aziz
keluarkan dah cukup buatkan aku geli hati. Siapa yang jahil sekarang ni? tak perlulah kau nak politikkan isu-isu agama.
Kau kata Teo dalam HADAS BESAR waktu masuk surau tu? hahahahahahahahahaha.
Kau nak suruh si Teo mandi wajib dulu ke apa sebelum masuk surau ?
kau jangan buat lawak lawak macam ni la hishamuddin woi.
Baiklah kau cakap stiap kali perhimpunan wajib cium keris.
Hahahahaha.
kau jangan tunjukkan lah kau terdesak sangat.
kesian aku tengok.

SANG PENYAMUN UMNO SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK RAIH SIMPATI RAKYAT. TERMASUK DALAM ISU-ISU AGAMA.

HUMBAN PENYAMUN-PENYAMUN UMNO!! PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU-13 !!