Sunday, August 15, 2010

Jangan Sangka Perjuangan Tidak Berdarah Itu Tidak Bermaruah

Negara akan menyambut hari kemerdekaan negara ke-53 pada tanggal 31 ogos 2010 iaitu bersamaan dengan 21 ramadan 1431 Hijrah. Pertembungan fasa keampunan Allah dan tarikh termaktubnya kemerdekaan negara. Sangat indah. Pastinya sambutan kemerdekaan pada kali ini disambut dengan penuh penghayatan keislaman, begitu juga dengan sambutan pada tahun lalu. Pastinya jengkel jika sambutan kemerdekaan diadakan dalam satu pesta maksiat ! Namun pasti masih ada pihak yang buta. 

Di musim kemerdekaan ini juga, ada yang bertanya "adakah anda sayangkan bumi malaysia?"
pasti jawapan aku "ya!". aku anak bangsa malaysia.
Kemudian timbul pula persoalan, "jika anda sayangkan negara, sayangkan kemerdekaan negara, mengapa anda menentang pemerintah ?"
Mudah jawab aku, "penentangan hanya kepada pemerintah yang korup, kejam dan zalim. Pemerintah toghut." mengambil kata orang tua-tua, Raja yang adil raja dijunjung, Raja yang zalim Raja disanggah.


Untuk Ibu Pertiwi!
(Oleh : Khalil Ghibran)

Bukit-bukit di negeriku kini tenggelam
Oleh darah dan air mata
Apa yang dapat dilakukan oleh seorang anak yang merantau
Untuk masyarakatnya yang sengsara?
Apa pula gunanya keluh-kesah
Seorang penyair yang sedang tidak di rumah?
Seandainya rakyatku mati dalam pemberontakan menuntut nasibnya,
Aku akan berkata, “Mati dalam perjuangan,
lebih mulia dari hidup dalam penindasan
Tapi rakyatku tidak mati sebagai pemberontak
Kematian adalah satu-satunya penyelamat mereka,
Dan penderitaan adalah tanah air mereka.
Ingatlah saudaraku,
Bahawa syiling yang kau jatuhkan
Ke telapak tangan yang mengulur di hadapanmu,
Adalah satu-satunya jambatan yang menghubungkan
Kekayaan hatimu dengan cinta di hati Tuhan.


No comments:

Post a Comment