Friday, October 8, 2010

SIAPA DIA ZUL NORDIN ?



Zulkifli Nordin yang saya kenal — Zulkifli Sulong .

9 MAC — Saya mula mengenali Zulkifli Noordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya.
Ketika itu Zulkifli Noordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ,
Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.
Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi.
Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.
Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

“Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur....” Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum “Warkah Dari Penjara”. Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin ‘melampau’ atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu


Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, “Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau,” kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula ‘mamat’ ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.

Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.
Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004.

Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.


Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, “Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR.”
Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, “kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS.” 


PERANGAI BURUK KAKI KELENTONG NI DAH HABIS DIDEDAHKAN !!


MENGAKU DIHANTAR PARTI KE KOREA PADA BULAN FEBRUARI !! PENIPU !!


KAU HENTAM KHALID SAMAD YANG LANTANG BERSUARA ISU KALIMAH ALLAH !!


BODOH !! 


KAU CEROBOH FORUM MAJLIS PEGUAM !! BANGANG!!


JANGAN MAIN POLTIK UMNO DALAM PAKATAN RAKYAT!!


KEPADA AHLI PARTI, PARTI KUAT KERANA GEROMBOLAN YANG BERSETUJU DAN BERSEPAKAT ATAS TIKET PERJUANGAN YANG SAMA 


JANGAN KAU (AHLI PARTI) TONJOLKAN KEBODOHAN SEPERTI MNGELUARKAN STATEMENT "SAYA TIDAK BOIKOT UTUSAN MALAYSIA"


PADAHAL KAU TAU AKHBAR ITU SEBAR FITNAH MENGIKUT KEHENDAK POLITIK PENYAMUN UMNO 


DI ATAS LAUNGAN "LAWAN TETAP LAWAN", 
AYUH BIJAK MEMILIH PEMIMPIN YANG BAKAL MENERAJU PARTI 


LAWAN TETAP LAWAN 
HUMBAN PENYAMUN UMNO !!

Thursday, October 7, 2010

RAHIMI DAN GALAS !!

MENGAPA TIBA-TIBA MALAON RAHIMI OSMAN BUDAK EZAM NI MUNCUL ?


Ezam Oh Ezam , aku ingatkan mainan politik banjingan kamu sudah berakhir. Namun kerana suapan rasuah dan pangkat kau masih menggerakkan buah catur kamu untuk terus memfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Aku tahu sangat pasal malaon Rahimi Budak Ezam ni , apa benda la yang budak bahalol ni tahu.Elok dulu waktu aku kenal budak ni aku lempang muka dia. kah kah kah

Rahimi Budak Ezam ni sekarang mengaku yang dia dipaksa buat Akuan Bersumpah palsu. Ini kes mengaku , lepas tu tak mengaku lepas tu mengaku balik. Ini semua pencacai upahan.

Siapa Malaon Rahimi Budak Ezam ni sebenarnya ?

berita penuh di sini


MAJLIS PEGUAM MALAYSIA MENEGASKAN ADALAH SATU KESALAHAN JENAYAH UNTUK MANA-MANA INDIVIDU MENUKAR AKUAN BERSUMPAH YANG DIBUAT SECARA SUKARELA !!

KENAPA MALAON NI TIBA-TIBA MUNCUL SEKARANG ?

KESIAN...

NI MESTI SORANG LAGI MANGSA POLITIK BODOH PENYAMUN UMNO,

MUDA2 DAH TAKDE OTAK !!

PILIHANRAYA DUN GALAS SEMAKIN HAMPIR.

SANG PENYAMUN AKAN MENGGUNAKAN PELBAGAI STRATEGI POLITIK MURAHAN UNTUK MEMANCING UNDI.

AYUH TERUS MENERUS HUMBAN PENYAMUN UMNO !!

PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRK DUN GALAS !!
PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU-13 !!!

Wednesday, October 6, 2010

ROSMAH MINTA SEDEKAH!!!

PAS: Rosmah minta 'sedekah' di Belgium


Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.




"Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai. 

berita penuh di sini


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (dua, kanan) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersalaman dengan masyarakat Malaysia di majlis Aidilfitri anjuran beliau dan isteri untuk masyarakat Malaysia di Belgium dan Luxembourg di sini, Ahad.


HUMBAN PENYAMUN UMNO !!
PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU-13!!

Saturday, October 2, 2010

IMAM NAJIB KEPALA DONGGA!!


PM dilantik Imam Khalifah Agung PSSGM

KUALA LUMPUR 18 Sept - Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima anugerah Seri Mahkota Agung Seri Pelangi daripada Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) yang membawa gelaran Imam Khalifah Agung pada 2 Oktober ini.

Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, Najib dipilih kerana peranannya sebagai pemimpin Melayu yang mampu memperkasakan lagi persatuan tersebut dalam kalangan masyarakat.

"Perdana Menteri mewarisi gelaran Imam Khalifah Agung yang sebelum ini pernah dianugerahkan kepada arwah bapanya, Tun Abdul Razak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelasnya, pada mesyuarat persatuan tersebut sebelum ini, kesemua ahli jawatankuasa telah sebulat suara memilih Perdana Menteri itu untuk menjadi penaung PSSGM.

Tambahnya, kriteria yang lazimnya dijadikan panduan bagi memilih penyandang jawatan tersebut ialah seorang tokoh yang berjiwa silat gayung dan mampu menjadikan silat itu gah di persada antarabangsa.

"Memandangkan PSSGM dianggotai oleh 99.9 peratus orang Melayu, maka seorang tokoh Melayu yang berwibawa perlu dilantik bagi memimpin persatuan kami," terangnya.

Ujarnya, majlis penganugerahan tersebut akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada pukul 2.30 petang.

"Kira-kira 3,000 ahli PSSGM dan orang ramai dijangka menghadiri upacara yang penuh gilang-gemilang tersebut,'' katanya lagi.


Tuesday, September 28, 2010

SISIPAN : BIK MAMA GOYANG GOYANG

Hari ni aku cuba bercerita secara santai.

Sambil meratapi pemergian Allahyarham Che Hashim, penyandang Adun Galas. 
Sekali lagi takziah dan al-fatihah buat Allahyarham dengan iringan doa moga-moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Bagi yang masih hidup, perjuangan mesti diteruskan.
kemungkaran wajar terus dihentam.
Sang penyamun wajib segera dihapuskan.

Harini aku sempat ushar2 blog-blog pejuang.
tertarik aku dengan satu post dari tukartiub.blogspot

nota:
jawab tiga soalan ini
siapa yang meneka ke tiga
tiga dengan betul akan di nobatkan
sebagai datu seri

1 - siapa dapat jawab kenapa
dalam kapal terbang hanya
bik mama seorang duduk di hadapan
yang lain semua duduk
di kawasan ekor kapal terbang ?

2 - siapa dapat jawab
kenapa bilk mama
bila masuk dalam lift di new york
dia mengereng?

3 – siapa dapat jawab
kenapa bik mama tak boleh jadi
first lady ?

sila hantarkan jawapan anda ke
pejabat kedutaan malaysia
pensalavia avenue 7
450765 washington dc
atau di alamat bar raba raba bontot kah kah kah

korang boleh ushar sendiri post penuh di sini

HAHAHAHAHAHA

KASIHAN BIK MAMA!!!

TAKZIAH BUAT CHE HASHIM

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.
Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.
Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.
BERITA PENUH DI MALAYSIAKINI

Monday, September 27, 2010

PENYAMUN UMNO TAIK JUDI !!!


SHAH ALAM 22 SEPT 10: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).

Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider. Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Kami mahukan pentadbiran Najib untuk bersikap telus dan menyatakan samada ia memang bercadang atau telah pun memberikan kelulusan untuk membina sebuah kasino di Sabah," Anwar dipetik sebagai berkata.

"Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan. Perdana Menteri harus memberi pengesahan atau penafian yang tegas atas isu ini," tambah Anwar.

Cadangan pembinaan kasino itu didedahkan setelah kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada sebuah syarikat milik jutawan Vincent Tan. Namun setelah dikritik oleh Pakatan Rakyat dan orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, Najib menarik balik kelulusan itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada pembinaan kasino baru di Sabah, jika diluluskan, akan membabitkan syarikat milik Vincent Tan sebagai 'pampasan' kepada ahli perniagaan itu atas kehilangan lesen judi sukan berkenaan.

"Baru dua bulan isu lesen judi sukan reda, muncul pula berita mengatakan kerajaan mahu membina sebuah kasino. Bagaimanakah ia akan menguntungkan pembayar cukai?," kata Anwar.

"Rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini di bawah pimpinan Najib. Nampaknya apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Najib ialah untuk mempopularkan judi," kata Anwar. (tvS)

UTUSAN HARAM JADAH !!!



INI SEMUA MEDIA SANG PENYAMUN.

DIA REKA 1 CERITA,

DIA KELUARKAN FRONT PAGE,

DIA TUDUH PAKATAN JAHANAM,

DIA KELUARKAN FRONT PAGE,

BILA ISU YANG DIA MAINKAN SENYAP,

DIA BIKIN ISU BARU.

BODOH !! BAHALOL!!

KESIAN AKU TGK WARTAWAN UTUSAN HARAM JADAH NI.

TAKDE KEBEBASAN KAU MENULIS.

SUNDAL !!!

HUMBAN PENYAMUN LAHANAT UMNO !!!

PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU-13 !!!

Sunday, September 26, 2010

PEJUANG SEBENAR HARUS DINOBAT


YB ABDULLAH SANI PANGLIMA NAIB PRESIDEN KEADILAN !


YB ABDULLAH SANI SAH NYATAKAN SOKONGAN TERBUKA PADA AZMIN !!!

TEAM AZMIN MAKIN MARA KE HADAPAN KUASAI PEMILIHAN !!!!

UNDI ABDULLAH SANI UNTUK NAIB PRESIDEN KEADILAN !!!!

JANGAN BIARKAN TEAM MENTERI 'LALA LAND' KUASAI KEADILAN !!!!!!!!!!!!

dipetik daripada tawanmalaysia.com

p/s : GAMBAR DI ATAS NI ADALAH GAMBAR EMAN MANAN. MAAF RALAT. 

YB ABDULLAH SANI

Friday, September 24, 2010

BINI PUAKA, C4 ALTANTUYA !!!

Kes Rosmah 'bini puaka': Semua tertuduh dibebaskan


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.



Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.


berita penuh di sini










Saturday, September 18, 2010

USTAZ KAMAL LA LANCAU!!!

'Ustaz Kamal' MIC pula didakwa masuk masjid

........... Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

Baca berita penuh di malaysiakini.com



PERHATIKAN PULA GAMBAR DI BAWAH :


WAKTU GAMBAR NI KELUAR, UTUSAN KELUAR CERITA DENGAN TAJUK " KESUCIAN MASJID TERUS DINODAI "

APA BEZA DUA SITUASI KAT ATAS ?

DUA-DUA BUKAN ISLAM

DUA-DUA MASUK MASJID

SATU DARI PAKATAN RAKYAT

SATU DARI PARTI KOMPONEN BN

YB PAKATAN DIKECAM SEBAGAI MENODAI KESUCIAN MASJID.

YB PENYAMUN DI 'ESKOT' PENGERUSI MAIS

APA LANCAU ?

MANA YANG MAIS BISING2  LARANGAN MASUK MASJID ORANG BUKAN ISLAM ?

SEDIH BILA AKU TENGOK MAJLIS AGAMA DIPOLITIKKAN.

JADI KUDA TUNGGANGAN PENYAMUN UMNO!!

TAK PELIK AKU KENAPA ISU MACAM NI TIMBUL.

SEBAB PEMIMPIN KITA PENYAMUN.

PENYAMUN MANA PEDULIK HAL AGAMA.

NAMA JE ISLAM!!









HUMBAN BANGSAT-BANGSAT PENYAMUN UMNO !!

PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU-13

Thursday, September 9, 2010

IS IT NOT A HAPPY ENDING MUSA ?



Ucapan perpisahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini secara tidak langsung terus membidas camputangan Kementerian Dalam Negeri.

Musa yang dilihat tidak mahu berundur sebelum menyatakan apa yang terbuku di hatinya, mengingatkan anggota polis dan pegawainya supaya kekal setia meskipun “menerima tekanan dari pihak atasan dari dalam dan juga luar”.



“Jangan jadi 'yes men'. Jangan jadi orang suruhan. Jika polis terdiri daripada orang suruhan, seluruh pasukan akan busuk dan musnah.
"Jangan tolak ansur dalam soal integriti ini, rosak pasukan nanti," katanya.

Malah, Musa berkata, PDRM bukan peminta sedekah dan bukan "pungut duit orang lain" tetapi kewujudannya adalah untuk menjaga keamanan masyarakat dan negara.

Berita penuh di sini

Sementara itu...

Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campurtangan pihak ketiga dalam urusan kepolisian.

Ketua setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam yang membaca kenyataan tiga mukasurat itu berkata adakalanya syor dan perakuan PDRM (permintaan dan cadangan) tidak dipertimbangkan sepenuhnya dan ini seolah-olah boleh dipandang sebagai campur tangan di dalam urusan harian PDRM.

"Ada kalanya, cadangan oleh polis tidak dipertimbangkan sepenuhnya oleh kementerian dan mungkin ini dilihat sebagai 'campurtangan' dalam urusan harian polis.

"Maka di dalam hal ini, urusan pengurusan perkhidmatan utama adalah tanggungjawab PDRM dan isu campurtangan di dalam perjalanan urusan PDRM oleh kementerian tidak wujud sama sekali," kata Mahmood dengan ringkas dan secara tergesa-gesa pada sidang media selepas majlis penyerahan tugas dari Musa kepada timbalannya, Tan Sri Ismail Omar yang dilantik sebagai ketua polis yang baru.

Berita penuh di sini

KENAPA BARU SEKARANG MUSA ?
AKU DOAKAN KEADILAN TERUS DITUNTUT.
BONGKAR HABIS-HABISAN MUSA.
RAKYAT MALAYSIA BERMINAT DENGAN PENDEDAHAN KAU.
KAU KECEWA SEKARANG,
KAU DAH TAKDE KUASA.
KAU HENTAM SEKARANG,
JANGAN SAMPAI SILAP HENTAM.

P/S : TO MUSA :SELAMAT MENJADI RAKYAT BIASA

Tuesday, September 7, 2010

USTAZ AHMAD SHUBKI NGORAT ROSMAH!!!

10 hari terakhir di bulan ramadhan wajar dihayati sepenuhnya oleh umat Islam.

Tetapi di  Sri Perdana semalam, Ustaz Ahmad Shubki aku dapati dah cuba-cuba mulakan langkah mengorat rosmah aku.

hahahahahha

Bukan salah Ustaz ni pon,

dia hanya menjeling jer,

yang aku nak hentam si rosmah rambut tebal ni.

Apa kau tetap berpegang bahawa aurat wanita itu muka, telapak tangan dan RAMBUT ??



Ni gambar di Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan sempena bulan mulia, Ramadhan..

Rosmah (yang tayang rambut) sedang membaca ayat-ayat lazim Al-Quran sambil diperhati Ustaz Ahmad Shubki (kanan)



















Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan RAMBUTnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun SEHELAI. Pendek kata, dari hujung RAMBUT sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah S.W.T.


Monday, September 6, 2010

KERANA AKU MAHU KEADILAN !!! KEADILAN !!! KEADILAN !!!



INI HAK RAKYAT !!

AKU AKAN KEMBALIKAN KEPADA RAKYAT !!

AMBIL INI SEMUA !!

INI SEMUA HAK KAMU !!

Video motivasi untuk kita.
Kita kenal pemimpin kita.

Kita tahu siapa penyamun.

Kita tahu apa yang disamun.

Untuk apa terus mengagungkan penyamun.

Bukti samun sudah banyak didedahkan

Dan yang bakal didedahkan..

Wang rakyat patut kembali ke rakyat

Bukan ke poket pemimpin penyamun UMNO.

HUMBAN PENYAMUN UMNO !! PANGKAH PAKATAN RAKYAT !!

AYUH SERBU KLSCAH MALAM NI !!

Apa maknanya untuk menjadi "Tuan" yang menikmati "hak keistimewaaan" di tanah air ini, seandainya hak kebebasan bersuara, menulis, malah berkartun turut dirampas?  Demikianlah soalan yang mungkin melantun-lantun dalam otak Hishamuddin Rais, Amir Muhammad, Zunar dan Jamaluddin Ibrahim, yang juga dikategorikan sebagai "bumiputera", mengikut takrifan Perlembagaan Persekutuan.

Belum semua melayu menjadi Tuan.

Untuk menjadi Tuan di negara ini tidak perlu menjadi melayu,
tetapi jadilah penyamun UMNO.

Ayuh malam ni !! Datang beramai-ramai !!

Sunday, September 5, 2010

PENYAMUN PASTI ADA BAPAKNYA. NI DIA TUA KUTUK BAPAK PENYAMUN !!

MELAYU MUDAH LUPA ~KATA TUN DR. MAHATHIR

KATA AKU PADA MAHADER : KAMI TIDAK LUPA SOAL 12 RIBU JUTA

HAHAHAHAHAHA.


BERKAWAN DENGAN PEMBUAT MINYAK WANGI,
KITA AKAN TURUT BERBAU WANGI.

BERKAWAN DENGAN SANG PENYAMUN,
KITA PUN AKAN TURUT MENYAMUN.

HAHAHAHAHAHA !!!

NI DIA TOK GURU PENYAMUN NI.

RAMAI PENYAMUN DUK LAHIR DALAM UMNO SANA.

IKOT PERANGAI DIA NI LAA