Wednesday, January 19, 2011

ROSMAH PUAKA 'FIRST LADY' BAKAL DIHUMBAN !!!

rosmah mansor 2 Rosmah Mansor Semakin Berkuasa di Malaysia?


Kalau sebelum ini dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen, sekarang ini sudah ada danRosmah Mansor akhirnya berjaya “membuktikan” yang boleh memilikinya.

Kalau ikutkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mempunyai hak mutlak untuk mengadakan apa-apa “ad-hoc” struktur samada yang berangkaian atau tidak berangkaian dengan Jabatannya (JPM). Sebagai contohlah kalau anda sebagai owner atau pun director, jadi anda boleh ada kuasa untuk melantik CEO selepas mesyuarat BOD untuk tentu sahkan. Kemudian anda juga boleh mencipta “ad-hoc” struktur terus kepada anda atau pun tidak berkaitan dengan anda. Tetapi pelantikkan atau mencipta jawatan terbaru di mana-mana bahagian sekalipun dibolehkan asalkan ada hitam putih & persetujuan Unit/Badan/Syarikat/Persatuan/Jabatan Perdana Menteri ataupun mana-mana pihak yang memerlukan undi dan suara ramai ‘badan’ tersebut.
Kalau ikut daripada prosedurnya begitulah tetapi ini tidak bermakna Perdana menteri boleh buat suka hati sahaja. Kami pun tak sokong dengan tindakan yang sebegini rupa. Walaubagaimanapun secara faktanya sebarang pelantikkan jikalau mengikut prosedurnya ianya tetap dikira sah. Begitu juga, contoh di Selangor umpamanya beginilah. Di Selangor, siapa yang mula-mula tubuh Perbadanan Menteri Besar? Kemudian di bawahnya ada BALKIS (zaman Khir Toyo), kini ganti nama lain ‘Badan Isteri Menteri Besar’ atau ‘Persatuan Isteri-isteri ADUN’ atau apa ker namanya….(yang ada informasi boleh tambah di ruangan komen nanti). Ha begitulah. Sebab apa? Sebab Menteri Besar ada hak & kuasa mutlak buat begitu.
Walaubagaimanapun, kami memang langsung tak bersetuju dengan tindakan sebegini rupa termasuklah dengan penubuhan satu Bahagian betul-betul di bawah Jabatan Perdana Menteri First Lady of Malaysia Division (FLOM). Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.
Sepatutnya First Lady hanyalah gelaran sahaja, bukannya jawatan rasmi. Yang peliknya program PERTAMA kesayangan Rosmah Mansor diletakkan bukannya di bawah KPM ataupun JKM, tetapi JPM. Bukan calang-calang tu. Kenapa jadi begini? Sebab Datuk Seri Najib Razak adalah Perdana Menteri Malaysia sekarang ini. Apa yang perlu beliau lakukan untuk merealisasikannya?



  • Beliau hanya perlu mengadakan mesyuarat dan memanggil kakitangan JPM



  • Sediakan satu jawatan untuk isterinya Rosmah Mansor



  • Selepas itu, buat pungutan suara Jabatan



  • Persoalannya, ada ker yang berani kata tak setuju dengan rancangan ini?





  • Tak cukup dengan itu, pada 8 Januari lalu Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansordiberitakan telah berlepas ke Arab Saudi, untuk lawatan selama tiga hari. Dalam lawatannya itu beliau yang diiringi delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri.
    Tempoh hari, beliau telah menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12 di Riyadh. Rosmah juga menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba). Tak cukup dengan lawatannya ke Arab Saudi, Rosmah Mansor sekarang ini dah sampai ke Oman kelmarin dalam siri lawatan ke sana selama empat hari dari 16 Januari sebelum ke Bangladesh selama tiga hari dari 19 Januari. Huhhh…memang sibuk Rosmah Mansor sekarang ini. “Jadualnya memang padat”
    Persoalannya sekarang PERMATA ada kaitan ker dengan UCAPTAMA Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12? Atas kapasiti apa Rosmah Mansor  nak sampaikan ucaptama dalam persidangan tersebut? Adakah jasanya “terhadap Permata Negara” melayakkan beliau untuk mengambil alih tugas-tugas Menteri Pelajaran dan Timbalan Menteri? Pelik juga kami, Rosmah Mansor dah jadi Menteri kah?
    Kalau dahulu semasa Tun Razak apabila mereka keluar negara, tak bawa isteri sebab katanya untuk jimat duit negara. Sekarang pula, isteri Perdana Menteri ke luar negara yang suaminya?
    KUCHING: The Prime Minister’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor, has received the Datuk Amar Bintang Kenyalang award — which carries the title “Datuk Amar” — from the Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. She received the award in a special investiture at Astana in Petra Jaya. Rosmah Mansor is the only recipient of the award, conferred in conjunction with the Yang Dipertua Negeri’s 89th birthday on Oct 16 last year.
    Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, State Assembly Speaker Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar and Deputy Chief Minister Tan Sri Alfred Jabu were among those present at yesterday’s investiture. Rosmah Mansor was in Sarawak to accompany Najib on his two-day visit to the state which began on Saturday. — Bernama
    Dengan keadaan Rosmah Mansor yang sekarang ini sibuk ke luar negara dengan “jadual padatnya” lawatan sana-sini, tempoh hari pada 16 Januari 2011 Datuk Seri Najib Razak jadi wakil untuk Rosmah Mansor yang menerima darjah kebesaran Sarawak. Tetapi Bernama tak beritahu pun dalam beritanya yang Datuk Seri Najib Razak jadi wakilnya. Bernama pun nak “spin berita”?
    http://3.bp.blogspot.com/_q3tHT-X3ou4/TLhKZK486aI/AAAAAAAAXlY/rur06UzScAk/s1600/1.jpg

    ROSMAH MANSOR MENDOMINASI PERDANA MENTERI MALAYSIA

    SEMUA PROJEK MEGA MESTI LALU ROSMAH PUAKA

    ROSMAH BAKAL DIHANCURKAN DALAM PRU-13

    ROSMAH : AKU HARAMKAN SEMUA WANG AKU , BINI DAN ANAK2 AKU YANG KAU GUNAKAN UNTUK SHOPPING.

    HAHAHAHAHAHA

    AYUH PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU-13

    HANCURKAN ROSMAH PUAKA DAN GEROMBOLAN PENYAMUN UMNO !!!

    No comments:

    Post a Comment