Friday, January 14, 2011

PENDIRIAN PAS SELANGOR???






Pas Selangor mahu Shuhaimi mohon maaf kepada istana
12/01/2011 5:54pm


KUALA LUMPUR 12 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dinasihatkan supaya memohon maaf kepada Istana Selangor ekoran kenyataan kontroversi yang disiarkan melalui blognya berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru-baru ini.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, kenyataan Shuhaimi itu telah melukakan hati institusi diraja Selangor serta pihak-pihak yang terlibat dalam proses pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

“Dia (Shuhaimi) orang muda, bila dalam suasana sedemikian, dibandingkan dengan saya yang banyak uban ini, agaknya temperamental (anginnya) berbeza sedikit.

“Keduanya, kenyataan yang dibuat itu sudah tentu melukakan hati pihak berkenaan,” katanya pada sidang akhbar khas bagi menyatakan pendirian Pas Selangor berhubung isu pelantikan Mohammed Khusrin di Gombak dekat sini hari ini.

Hasan yang juga Exco Selangor ketika ditanya mengakui ‘pihak berkenaan’ yang dimaksudkannya itu merujuk kepada institusi diraja Selangor.

Shuhaimi sebelum ini dibidas pelbagai pihak kerana mengkritik pelantikan Mohammed Khusrin melalui blognya dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan biadab terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Utusan

No comments:

Post a Comment