Wednesday, January 26, 2011

SURAT YB SUHAIMI ADUN SRI MUDA KEPADA DYMM SULTAN SELANGOR

suratyb001suratyb002
Semalam YB Shuhaimi telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor bagi memohon perkenan menghadap baginda tuanku bagi memperjelaskan isu "derhaka" yang telah dimanipulasi dengan hebatnya oleh pihak pembangkang umno-bn.

Dengan penghantaran surat tersebut maka tamatlah sebarang spekulasi yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang umno-bn. Apatah lagi selepas selesai Sidang Dun tergempar yang diadakan semalam, sudah terang lagi bersuluh akhirnya rakyat dapat melihat siapa sebenarnya penderhaka kepada Sultan.

Dalam perjuangan, tidak guna kita hanya berani bermain dengan kata-kata retorik tentang itu, tentang ini tetapi yang sebenarnya bacul dan takut untuk melaksanakan.

Kalau pihak penderhaka umno-bn memang benar-benar ikhlas dengan apa yang mereka laungkan sebelum ini, maka seharusnya mereke menyokong penuh usul untuk kembalikan kuasa kepada DYMM Sultan Selangor.


sumber : tawanmalaysia



No comments:

Post a Comment